SYARAT EJEN

Berikut adalah terma & syarat  menjadi Ejen Tok Guru  sebagai rakan niaga Saffron Integrated Marketing Sdn. Bhd. (SIMSB)

TAGLINE
Makanan Sunnah Lifestyle

NO. ID EJEN
No. ID akan diberi setelah  bayaran pendaftaran di buat.
Semua urusan dibuat melalui online.
Wajib ada emel fb wasap dan telegram kerana semua info dari syarikat dihantar hanya melalui online.

MODAL PERMULAAN
Pendaftaran Untuk  Pertama Kali.
Ada 3 pakej Pendaftaran yang boleh dipilih semasa pendaftaran buat pertama kali.

1. Pakej Lagi Jimat (5 Khallfour)
2. Pakej Best Famili (10 Khallfour)
3. Pakej Geng Biznes (15 Khallfour)

SYARAT EJEN
1- Minima re-stok 15 unit  sebulan.
2- Wajib menghadiri kelas online selama 30 hari mengikut jadual yang syarikat tetapkan.
3- Wajib menghadiri kelas sebulan sekali dalam tempoh 3 bulan di lokasi yang ditetapkan syarikat.
4- Wajib menjalankan task yang diberi setiap hari selama 6 bulan (180 hari tanpa kecuali).
5- Kekal aktif membuat re-stok minima RM500 dalam tempoh 90 hari dari Tarikh akhir membuat pembelian/penambahan stok.
6- Jika tidak aktif dengan tidak membuat sebarang pembelian dalam tempoh 90 hari ejen akan dikeluarkan dari kelas-kelas online , personal coaching bersama founder dan semua channel telegram  fb dan  wasap  group.

Tambahan : Semua ejen digalakkan untuk mengamalkan  amalan murah rezeki seperti yang founder sarankan.

KELEBIHAN SEBAGAI EJEN
1- PERCUMA  bahan marketing dibekalkan Copywriting, Gambar dan Testimoni.
2- PERCUMA kelas bimbingan marketing  & pembangunan perniagaan.
3- PERCUMA sertai FB Group Ejen , Wasap Group Ejen  Telegram Group Ejen dan  Messenger Group Ejen mengikut batch.
4- “Personal coaching” dari Founder sendiri.
5- Dapat ilmu zero cost Marketing dari kelas online PERCUMA.
6- Dibimbing setiap hari dengan  tugasan  yang diberi.
7- Ejen yang aktif re-stok minima RM500 selama 3 bulan berturut-turut dan ada 3 ejen dibawahnya  layak untuk  dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam team leader yang akan dibimbing dengan ilmu yang lebih mendalam tentang leadership dan strategi meroket jualan yang lebih mantap.
8- Insentif membina kumpulan akan diberikan sebagai galakan merekrut dan melatih ejen-ejen di bawah. Minima re-stok RM500 sebulan untuk melayakkan dapat insentif (Lihat carta insentif yang diberikan).


9- Prestasi semua ejen akan dipantau dari semasa ke semasa dan ada sesi klinik marketing untuk kenalpasti masalah ejen.
10- Berpeluang mendapat Reward atau ganjaran atau hadiah  jika  ejen berjaya  mencapai target jualan pada satu-satu kempen yang dijalankan syarikat.
11- Point pembelian yang boleh ditebus dengan produk.
12- Pengeposan produk dibuat oleh syarikat terus kepada ejen atau pelanggan ejen.
13- Ejen boleh membuat pembelian minima 1 unit produk dengan mendapat diskaun 15%.5