DAFTAR EJEN

Sertai kami & capai impian anda!

Rangkaian produk sejak 2007 yang mendapat sambutan masyarakat serta kadar ‘repeat order’ yang tinggi. Produk pemakanan (bukan ubat) yang semulajadi, berkualiti tinggi dan terbukti secara kajian saintifik.

Pelbagai bentuk sokongan disediakan & ganjaran hebat untuk direbut. Mungkin anda adalah Ejen bertuah untuk pelanggan hubungi !

NAK TAHU APA SYARAT ASAS UNTUK JADI EJEN BERINSENTIF?

Syarat untuk menjadi Ejen Berinsentif Saffron Rakan Niaga :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Membuat pendaftaran ejen dengan yuran RM50. 

NAK DAFTAR JADI EJEN ?
KLIK SINI


PERJANJIAN EJEN BERINSENTIF
SAFFRON RAKAN NIAGA

1. Syarat Dan Peraturan

a. Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian Ejen ini dengan teliti.

b. Ketika mengisi borang permohonan sila pastikan anda lengkapkan segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, Pihak Pengurusan berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Ejen tanpa sebarang alasan.

c. Setiap Ejen akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00.

d. Setiap pembelian adalah melalui transaksi online dan pembayaran secara tunai hanya jika walk-in di kaunter Ibu Pejabat .

e. Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat (8.00 pg – 6.00 ptg)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Cuti

f. Waktu Operasi Sokongan Teknikal :
Ahad – Khamis (9:00 pg - 5:00 ptg)
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: Cuti

2. Seminar, Bengkel dan Kursus

a. Komitmen
     (i) Ejen perlu bertanggungjawab dan memberi komitmen                    untuk menghadirkan diri dan mengikuti segala latihan                      yang telah diaturkan dan dijadualkan oleh pihak syarikat                (SIMSB) tanpa gagal.
     (ii) Ejen perlu melakukan segala kerja dan latihan yang                           diberikan dengan penuh tanggungjawab dan tekun                           sepanjang latihan dijalankan.
     (iii) Ejen disyorkan membeli dan mencuba produk dahulu                       sebelum mengikuti kursus.

b.Group Support FB/Telegram/Whatsapp

     (i) Semua ejen WAJIB sertai Group Support yang disediakan              oleh pihak Syarikat (SIMSB).
     (ii) Hanya ejen berdaftar sahaja yang dibenarkan berada                       dalam group ini.
     (iii) Hanya satu akaun Facebook sahaja yang dibenarkan                         untuk setiap ejen.
     (iv) Ejen digalakkan untuk aktif dalam group tersebut
            samada untuk bertanya/perkongsian info atau apa2                          sahaja yang bermanfaat kepada ahli group. Sebarang                      makluman penting akan dimaklumkan di group ini. Segala              makluman terkini boleh didapati melalui group support,                  SMS, e-mail dan website.
     (v) Dilarang sama sekali membuat post berbentuk spam.

     (vi) Ejen dibenarkan untuk menggunakan alat bantu                                 pemasaran seperti softcopy poster/copywriting/banner                dan lain-lain untuk tujuan promosi sahaja.

c. Waktu Operasi
     (i) Setiap soalan berkaitan akan dijawab pada waktu OFFICE              HOUR (8.00 pg – 6.00 ptg), ISNIN – JUMAAT sahaja.
     (ii) Soalan yang diajukan selain waktu tersebut (Sabtu, Ahad               dan Cuti Umum), hanya akan dijawab bergantung atas                     kelapangan pihak team support.
     (iii) Sebarang pertanyaan sila nyatakan di group sahaja,                          supaya semua ahli di dalam group boleh mendapat info                  tersebut bersama.

     (iv) Sekiranya Ejen ingin mengadakan sebarang seminar atau              promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat                  nasihat dan bantuan.

     (v) Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau                       seminar diadakan.

d. Ejen digalakkan membeli poster atau banner, beg kertas dan beg plastik syarikat untuk tujuan promosi.

e. Ejen tidak dibenarkan mendedahkan sebarang apa jua latihan dan modul di dalam program latihan ini kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada pihak syarikat. Tidak dibenarkan mengguna, meniru serta mengulang cetak sebarang bentuk modul dan latihan di dalam program latihan untuk apa-apa tujuan selain yang dibenarkan oleh pihak syarikat.

3. Pemulangan Barangan

a. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

b. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.

c. Syarikat (SIMSB) tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

4. Pertukaran Barangan

a. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

b. Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set tidak boleh ditukar. Sekiranya pihak Ejen mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, pihak Ejen mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.

c. Pihak Ejen dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

d. Pihak Ejen tidak dibenarkan menukar barangan dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai pada pihak Ejen masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barang yang sama.

e. Barang yang rosak atau luput di tangan pihak Ejen tidak boleh di kembalikan kepada Ibu Pejabat dan itu adalah tanggungjawab pihak Ejen.

f. Barang-barang keluaran terdahulu dan lama tidak akan diterima oleh Ibu Pejabat dan ia merupakan tanggungjawab pihak Ejen untuk menghabiskan stok tersebut.

5. Pembayaran & Pesanan Barangan

a. Setiap Ejen diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak Syarikat (SIMSB) menerima bayaran.

c. Untuk pembelian barang, pembayaran boleh dibuat ke akaun
RHB BANK

SAFFRON  INTEGRATED MARKETING SDN. BHD.
No. Acc: 212523 60000 940

d. Semua pengesahan pembayaran hendaklah melalui borang pesanan (ONLINE).

e. Penghantaran mengambil masa 2-7 hari waktu bekerja.

f. Tracking Number akan diberi sebagai rujukan anda.

g. Maklumkan jika masih belum sampai pada hari ke-10.

h. Buka barangan DEPAN pihak penghantaran untuk TUNTUTAN jika berlaku kerosakan barang.

6. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

a. Ibu Pejabat mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Ejen.

b. Sekiranya Ibu Pejabat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, syarikat (SIMSB) berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Ejen berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga Syarikat (SIMSB).

d. Ejen mesti menjual produk mengikut harga pasaran yang ditetapkan oleh Syarikat (SIMSB).

7. Untung Runcit  & Insentif

a. Setiap Ejen layak mendapat untung runcit 15% daripada harga pasaran dan Insentif Kumpulan jika mencapai sasaran yang ditetapkan. (Sila rujuk Insentif Jualan)

Rajah 1 Insentif Jualan

b. Setiap Ejen akan menerima satu ID Login ke Sistem Ejen Saffron Rakan Niaga https://ejen.saffronrakaniaga.com

c. Untuk layak mendapat Insentif Kumpulan, jualan individu mestilah bernilai minima RM500.            

8. Disiplin Dan Salah Laku

a. Setiap Ejen adalah diingatkan supaya menjual produk mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Ejen adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b. Setiap Ejen tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan  dengan jenama syarikat lain.

c. Setiap Ejen diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian/penggunaan produk.

d. Hubungan baik.

     (i) Ejen perlu mengekalkan hubungan baik dengan pihak                      Syarikat (SIMSB) dan ejen-ejen yang lain.
     (ii) Dilarang melakukan apa-apa yang boleh mendedahkan,                 mengaibkan, memalukan, memburukkan imej dan nama                 baik Syarikat (SIMSB) dan Ejen kepada mana-mana pihak               samada di laman sosial, media cetak atau elektronik.

e. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Ibu Pejabat berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Ejen tersebut.


9. Pertukaran Produk Syarikat (SIMSB)  Dengan Produk-Produk Syarikat Lain

a. Setiap Ejen adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran produk-produk keluaran Syarikat (SIMSB) dengan mana-mana produk syarikat lain.

b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, syarikat (SIMSB) berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Ejen.


10. Penilaian Prestasi

a. Setiap bulan syarikat (SIMSB) akan menilai prestasi jualan Ejen.

b. Hanya ejen yang aktif sahaja akan dipaparkan di laman web https://saffronrakaniaga.com

c. Ejen mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai ejen dalam kumpulannya sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan untuk mendapatkan Insentif Kumpulan.

11. Insentif

a. Syarikat (SIMSB) akan menilai prestasi jualan Ejen dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.

b. Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan Syarikat (SIMSB).

c. Pihak Syarikat (SIMSB) berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.

12. Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat (SIMSB)

a. Pihak Pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat (SIMSB) yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa di maklumkan kepada Ejen melalui e-mail, SMS dan semua media sosial.

13. Membekal kepada Wakil Jualan Yang Tidak Sah

a. Pihak Ejen adalah dilarang sama sekali untuk membekalkan produk kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau tidak sah tanpa merujuk kepada syarikat (SIMSB) terlebih dahulu.

b. Jika Pihak Ejen enggan mematuhi peraturan tersebut, syarikat (SIMSB) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang akan timbul kepada pihak Ejen.

c. Syarikat (SIMSB) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Ejen jika perkara ini berlarutan. ​​​​

14. Perlucutan Ejen

a. Sekiranya berlaku perlucutan status Ejen, pihak syarikat (SIMSB) TIDAK akan membeli balik semua produk daripada pihak Ejen.

b. Selain dari itu, jika pihak Ejen ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak syarikat (SIMSB) juga TIDAK akan membeli balik semua produk daripada pihak Ejen.


15. Pengakuan Ejen

Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi Syarikat (SIMSB) yang termaktub didalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat (SIMSB) dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi Syarikat (SIMSB), syarikat berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan taraf Ejen saya.